Menara Pisa
Pembinaannya pada
tahun 1154. Hanya tiga tingkat daripada lapan tingkat menara itu yang
dapat disiapkan sebelum menjadi condong disebabkan oleh kelembapan tanah
liat yang tidak dapat menyokong keseluruhan bangunan itu. Menara yang
mempunyai ketinggian 56 meter ini didapati semakin senget dan keadaan
ini telah mencetuskan kebimbangan kepada para arkitek bahawa bangunan
ini tersembam ke tanah dalam sedikit masa lagi. Namun begitu, selepas
hampir setahun berlalu, Menara Pisa masih berdiri dengan kukuh dan
berbagai-bagai usaha telah dibuat untuk memastikan binaan ini terus
berada pada posisi asalnya. Sebagaimana binaan lain, pembinaan Menara
Pisa mengambil masa 200 tahun untuk disiapkan. Pembinaan menara ini
tergendala beberapa kali kerana keadaan tanah yang mendap dan masalah
kewangan.
Hampir 90 tahun
bangunan itu dibiarkan sehingga seorang arkitek bernama Giovanni dari
Simone menyambung pembinaannya. Seperti Pisano, arkitek itu hanya mampu
menyiapkan tiga tingkat bermula daripada tingkat lima, enam dan tujuh.
Menara itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya 80 tahun kemudian dengan
pembinaan tingkat lapan yang berkubah. Dalam kubah itu ditempatkan
beberapa buah loceng yang setiap satunya seberat satu setengah tan.
Loceng itu akan dibunyikan bagi merayakan sesuatu kemenangan dan tanda
berlakunya kematian. Kini loceng itu tidak lagi dibunyikan bagi
mengelakkan sebarang getaran yang boleh meretak dan meranapkan menara
itu. Bagi menghindarkannya daripada menyembah bumi, para saintis telah
mengikat menara ini dengan kabel logam. Kabel itu berperanan sebagai
sokongan kepada Menara Pisa yang didapati condong satu inci pada setiap
tahun.
Para jurutera yang
membina menara ini berasa ragu-ragu untuk meneruskan kerja-kerja
pembinaan kerana khuatir bangunan ini akan tumbang sebelum dapat
disiapkan. Biarpun kebimbangan itu berasas tetapi tidak pernah menjadi
kenyataan, lantas menjadikan menara ini terus diselubungi dengan misteri
mengenai kedudukannya yang senget itu. Arkitek yang bertanggungjawab
membina menara ini ialah Bonanno Pisano. Beliau hanya sempat menyiapkan
tiga tingkat sahaja sebelum menghilangkan diri. Terdapat berbagai-bagai
jawapan telah cuba diutarakan untuk menjelaskan kehilangannya.
Ada pengkaji
menyatakan bahawa Pisano berhenti kerana dapat melihat bencana yang
bakal melanda menara itu. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa
menara itu sengaja dicondongkan oleh Pisano bagi menunjukkan
kehebatannya sebagai seorang ahli arkitek yang tersohor pada zamannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar